Saturday, March 2, 2019

GULAI UPAK/UMBUT PISANG


BAHAN-BAHAN;

✿ Upak / Umbut Pisang (potong ikut saiz sendiri)
✿ Rempah Gulai
✿ Kunyit
✿ Udang Kering
✿ Cili Padi
✿ Cili Besar
✿ Bawang Putih
✿ Bawang Merah
✿ Susu Cair / Santan
✿ Asam Keping

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Tumbuk Bawang Putih + Bawang Merah + Udang
   Kering (rendam) + Kunyit + Cili Padi + Cili Besar
✿ Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk
   sehingga sedikit garing dan masukkan Rempah
   Gulai goreng sehingga pecah minyak
✿ Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih 
   kemudian masukkan Upak / Umbut Pisang
✿ Letakkan Asam Keping + Garam + Perasa + Gula
✿ Akhir sekali masukkan Susu Cair / Santan
   mengikut sukatan masing-masing
✿ Hidangkan dengan nasi panas

~ SELAMAT MENCUBA ~

KUEH TIAW TOMATO SPECIAL


BAHAN-BAHAN;

✿ Kueh Tiaw
✿ Sos Tomato
✿ Sayur Sawi
✿ Udang
✿ Sotong 
✿ Isi Ayam
✿ Fish Cake
✿ Bawang Merah
✿ Tepung Jagung

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Tuang satu sudu minyak, masukkan Kueh
   Tiaw dan goreng, campurkan sesudu makan 
   kicap pekat, kemudian letakkan ke dalam 
   mangkuk
✿ Untuk kuah; Goreng Bawang Merah sehingga 
   garing dan masukkan Isi Ayam + Udang + 
   Sotong
✿ Kemudian masukkan sedikit air dan Sos Tomato
✿ Sedikit Garam + Perasa biar sehingga mendidih
✿ Masukkan Fish Cake + Sayur Sawi
✿ Akhir sekali masukkan Tepung Jagung yang telah
   dicampur dengan air sedikit demi sedikit hingga
   mengikut kepekatan yang diingini
✿ Tuangkan kuah ke dalam / atas Kueh Tiaw yang
   telah di goreng tadi
✿ Sedia untuk dihidang 

***Kuah boleh juga dicampur dengan telur

~ SELAMAT MENCUBA ~

MANICAI (CANGKUK MANIS) BEEHOON / MIHUN


BAHAN-BAHAN;

✿ Manicai ( Cangkuk Manis )
✿ Beehoon / Mihun
✿ Udang Kering
✿ Ikan Bilis
✿ Bawang Merah
✿ Bawang Putih
✿ Telur 

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Rendam Beehoon / Mihun biar sehingga lembut
✿ Cuci Manicai dan carik-carikkan
✿ Ikan Bilis Goreng garing
✿ Tumiskan Bawang Merah + Bawang Putih dan
   Udang Kering sehingga garing dan masukkan
   Telur
✿ Kemudian masukkan Beehoon yang telah 
   direndam dan masukkan Manicai 
✿ Sedikit Garam + Perasa dan goreng sehingga
   masak
✿ Setelah masak taburkan Ikan Bilis yang telah
   digoreng garing dan sedia untuk dihidang

~ SELAMAT MENCUBA ~

NASI ARUK TERUBUK MASIN


BAHAN-BAHAN;

✿ Nasi
✿ Seekor Terubuk Masin
✿ Telur
✿ Bawang Putih
✿ Sayur Ulam-Ulaman (mengikut selera)
✿ Sambal Belacan
✿ Limau Nipis

Cara Menyediakan / Memasak;


✿ Cuci Ikan Terubuk Masin dan goreng 
   minyak/garing
✿ Tumis Bawang Putih kemudian masukkan Nasi
   dan goreng seperti biasa
✿ Masukkan garam dan perasa
✿ Goreng Telur mata kerbau
✿ Hidangkan Nasi Goreng Aruk bersama Ikan
   Terubuk Masin + Telur Mata + Ulam-Ulaman 
   dan sambal belacan
✿ Limau untuk Ikan Terubuk Masin

~ SELAMAT MENCUBA ~

NASI GORENG DABEI / DABAI


BAHAN-BAHAN;


✿ Nasi
✿ Buah Dabai
✿ Cili Padi
✿ Bawang Besar
✿ Bawang Merah
✿ Bawang Putih
✿ Ikan Bilis
✿ Telur
✿ Daun Bawang

Cara Menyediakan / Memasak;


✿ Rendam Buah Dabai didalam air suam biarkan
   sehingga lembut kemudian asingkan dari biji
✿ Penggunaan Dabai terpulang kepada jumlah nasi
   yang ingin digoreng
✿ Tumis Bawang Besar + Bawang Merah + Bawang
   Putih dan masukkan Telur, kemudian masukkan
   Dabai yang telah diasingkan dari biji dan tumis
   sehingga bahan2 campur sebati
✿ Masukkan nasi dan goreng seperti biasa 
✿ Tambahkan garam + perisa dan Cili Padi
✿ Setelah masak taburkan Ikan Bilis yang telah 
   digoreng garing dan Daun Bawang
✿ Hidangkan dengan beberapa biji Buah Dabai 
   yang belum diasingkan dari biji

~ SELAMAT MENCUBA ~

KERABU MIDIN


BAHAN-BAHAN;

✿ Midin 
✿ Bawang Besar
✿ Cili Padi
✿ Cili Besar
✿ Ikan Bilis
✿ Bunga Kantan
✿ Limau Kasturi / Nipis

Cara Menyediakan / Memasak;


✿ Rebus Midin dengan sedikit minyak sehingga
   setengah masak
✿ Goreng Ikan Bilis sehingga garing
✿ Cili Besar dibakar sedikit untuk aroma
✿ Masukkan Midin yang telah direbus dan ditos ke 
   dalam mangkuk, kemudian perah limau dan
   gaulkan
✿ Sedikit garam dan perasa
✿ Masukkan Bawang Besar + Cili Padi + Cili Besar
   Bakar dan Bunga Kantan yang telah dipisahkan
   gaulkan
✿ Kemudian tabur ikan bilis 

~ SELAMAT MENCUBA ~

LAKSA SARAWAK


BAHAN-BAHAN;

✿ Pes Laksa Sarawak
✿ Udang (saiz pilihan masing-masing)
✿ Dada Ayam
✿ Taugeh
✿ Daun Ketumbar
✿ Telur 
✿ Bee Hoon / Mihun

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Tumiskan Pes Laksa Sarawak sehingga naik 
   minyak, kemudian masukkan air mengikut
   sukatan pada pes laksa
✿ Untuk lebih rasa masukkan tulang bahagian 
   dada ayam dan kepala udang yang telah dicuci
✿ Biarkan rebusan sehingga mendidih, masukkan
   garam + perasa (cuba dulu didihan air pes)
✿ Setelah masak toskan rebusan untuk 
   mengasingkan tulang ayam/kepala udang/bahan
   dari pes laksa.
✿ Rebus bahan-bahan Bee Hoon/Mihun + Udang +
   Dada Ayam + Taugeh didalam periuk/kuali 
   berasingan
✿ Carikkan isi Dada Ayam saiz kecil
✿ Hiris Daun Ketumbar
✿ Dadarkan 2-3 biji Telur (hiris memanjang)
✿ Untuk menyediakan; letakkan Mihun ke dalam
   mangkuk dan tuang rebusan yang telah ditos  
   kemudian letakkan Udang + Dada Ayam (dicarik)
   + Taugeh + hirisan Telur Dadar dan Daun  
   Ketumbar
✿ Hidangkan dengan sedikit Pes Laksa dan Limau
   Nipis/Kasturi

~ SELAMAT MENCUBA ~

BUBUR SAYUR TIMUN (TENGAYAN KIKID)


BAHAN-BAHAN;

✿ Beras (untuk membuat bubur/tengayan)
✿ Daun Timun Manis
✿ Cendawan Tiram
✿ Bawang Putih
✿ Tepung Jagung

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Cuci Beras, masak seperti bubur biasa dan
   masukkan bawang putih
✿ Asingkan Daun Timun Manis dari batangnya
   dan carik-carikan sehingga sedikit lumat/lebam
✿ Koyakan Cendawan Tiram 
✿ Setelah bubur masak, masukkan Daun Timun 
   dan Cendawan Tiram biar sehingga masak
✿ Masukkan garam + perasa
✿ Bancuh sedikit Tepung Jagung dengan air 
   kemudian tuang sedikit demi sedikit sehingga
   pekat (mengikut pilihan masing-masing)

~ SELAMAT MENCUBA ~

IKAN STIM TERUN DAYAK (Asam)


BAHAN-BAHAN;

✿ Seekor Ikan ( Pilihan Masing-Masing )
✿ Terung Dayak ( Terung Asam )
✿ Cili Padi
✿ Cili Besar
✿ Serai
✿ Halia
✿ Tomato
✿ Bawang Besar
✿ Bawang Merah
✿ Bawang Putih

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Cuci ikan kemudian rendam didalam air 
   garam/perasa selama 15minit ke setengah jam
✿ Panaskan kuali atau periuk stim sehingga air
   mendidih
✿ Stimkan ikan yang telah direndam selama  
   15-20minit 
✿ Untuk kuah ikan stim; tumbuk Cili Padi + Cili 
   Besar + Halia + Bawang Merah + Bawang Putih
✿ Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk
✿ Masukkan air (sukatan sendiri) dan Terung Asam    
   yang telah dipotong dan serai yang telah dititik        
   biarkan sehingga terung lembut/masak
✿ Garam + Perasa + Sedikit Sos Tiram
✿ Kemudian masukkan Tomato & Bawang Besar
✿ Setelah semua campuran masak, tuangkan ke 
   dalam/atas ikan yang telah distim tadi.

~ SELAMAT MENCUBA ~

MASAK LEMAK IKAN TERUBUK MASIN



BAHAN-BAHAN;

✿ Ikan Terubuk Masin
✿ Buah Sukun / Nenas ( ikut keinginan )
✿ Cili Padi
✿ Cili Besar ( Hijau & Merah )
✿ Bawang Merah
✿ Bawang Putih
✿ Halia
✿ Kunyit ( Hidup / Serbuk )
✿ Santan
✿ Daun Kunyit ( optional )

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Potong Ikan Terubuk Masin ikut saiz masing2
✿ Potong Buah Sukun / Nenas ikut saiz diingini
✿ Tumbuk Cili Padi + Cili Besar + Bawang Merah +
   Bawang Putih + Halia + Kunyit
✿ Goreng minyak Ikan Terubuk Masin terlebih
   dahulu (kemudian toskan minyak)
✿ Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk 
   sehingga sedikit garing kemudian masukkan dua
   cawan air.
✿ Setelah mendidih masukkan santan 
   (mengikut sukatan lemak diingini)
✿ Kemudian biarkan sehingga mendidih dan 
   masukkan sukun / nenas sehingga cukup masak
✿ Masukkan Ikan Terubuk Masin yang telah
   digoreng tadi dan telah ditoskan minyak
✿ Hiris daun kunyit dan taburkan didalam masak
   lemak yang telah masak

~ SELAMAT MENCUBA ~

UMAI IKAN


BAHAN-BAHAN; 

✿ Ikan Pirang / Ikan Tenggiri / Fish Fillet
✿ Limau Nipis / Cuka
✿ Cili Padi
✿ Cili Besar
✿ Halia
✿ Bawang Besar / Bawang Bombay

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Asing-asingkan isi ikan dari tulang 
✿ Potong / hiris nipis isi ikan 
✿ Juskan air limau nipis
✿ Hiris Cili Padi / Cili Besar / Halia / Bawang
✿ Masukkan hirisan isi ikan ke dalam bekas yang
   berisi air limau / cuka
✿ Gaulkan sehingga isi ikan menjadi putih (masak)
✿ Masukkan Cili Padi / Cili Besar / Halia (gaulkan)
✿ Garam / Perasa / Sedikit Gula
✿ Kemudian masukkan bawang 

~ SELAMAT MENCUBA ~

AYAM PANSUH (Bamboo Chicken)




Bahan-Bahan;

✿ 1 Ekor Ayam ( potong mengikut saiz sendiri )
✿ Halia 
✿ Bawang Putih
✿ Serai
✿ Bunga Kantan 
✿ Tepus
✿ Daun Ubi

✿✿ Ruas Buluh ( untuk memasak )

Cara Menyediakan / Memasak;

✿ Tumbuk Halia, Bawang Putih, Serai 
   ( jangan terlalu lumat )
✿ Potong bunga kantan dan tepus
✿ Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk + Ayam
   + Bunga Kantan + Tepus + Sedikit Daun Ubi
✿ Masukkan garam dan perasa 
   ( biar sedikit masin )
✿ Setelah semua bahan dicampur sebati, masukan
   bahan-bahan tersebut ke dalam ruas buluh,
   kemudian masukkan air 1-2cm dari aras 
   campuran ayam
✿ Gunakan lebihan daun ubi sebagai penutup ruas    
   buluh
✿ Kemudian bakar di atas api 
   ( sama seperti memasak lemang )

~ SELAMAT MENCUBA ~